Sunday, August 28, 2011

bahaya syirik

syirik merupakan ancaman terbesar bg umat Islam
syirik merupakan antara dosa yang tidak diampun oleh Allah
syirik terbahagi kepada 2 iatu syirik jali dan syirik khafi
syirik jali merupakan syirik secara terang-terang seperti menyembah selain dari Allah
manakala syirik khafi pula ialah syirik yang tersembunyi ia biasa berkait rapat dgn hati seperti meragui kewujudan Allah.
tetapi riak,takabur dan sombong juga merupakan syirik khafi..iaitu secara tidak disedari kita sudah syirik kepada Allah..ini adalah syirik khafi..juga membawa diri kita ke lembah JAHIM..
begitu juga kita melakukan sesuatu dengan niat selain dari Allah..seperti berpuasa hanya untuk memenuhi syarat sebagai muslim..utk menjadi baik..tetapi hakikatnya kita berpuasa kerana Allah..
jika kita hanya berbuat baik hanya kerana tibanya Ramadhan secara tidak langsung kita sudah menyembah ramadhan..sedangkan Ramadhan hanya makhluk Allah...ini termasuk dlm syirik khafi..
begitu juga dengan amalan seharian..misalnya kita hadir ke sekolah awal kerana ada pengawas atau guru disiplin secara tidak langsung kita sudah menyembah mereka..kerana kita takut kepada kuasa yang mereka ada..bukankah itu dikira syirik???begitu juga buat sesuatu kerja hanya utk mengelakkan diri dari dipecat dari kerja atau untuk mengelakkan bos marah..secara tidak langsung kita telah takut kepada perkara tersebut lebih daripada Allah..
ulama terdahulu cukup takut akan syirik khafi ini kerana ia berlaku tanpa disedari..jika berlaku keraguan tentang akidah maka secara automatik amalan kita terhampus..ini bermakna andaikata nyawa kita dihabiskan selama 80 tahun dengan ibadah kepada Allah tetiba suatu hari timbul keraguan dalam hati maka amalan selama 80 tahun tersebut hilang begitu sahaja..bayangkan kesan syirik khafi..