Friday, June 3, 2011

amar makruf nahi mungkar

saudara yang dirahmati Allah sekalian.
umat islam wajib berdakwah??betul ke??betul la..kerana berdakwah merupakan fardhu..takrif fardhu ialah khitab Allah tuntutan keatas mukalaf supaya melakukan dengan tuntutan yang pasti berdasarkan dalil qat'ie..bukan ke dakwah fardhu kifayah,sorang buat orang lain tak payah.??betul..fardhu terbahagi kepada 2 iaitu fardhu ain dan fardhu kifayah..fardhu ain wajib setiap umat islam melakukannya manakala fardhu kifayah fardhu keatas sebahagian kumpulan masyarakat seperti menguruskan jenazah.
    
             berdakwah kategori fardhu kifayah.sekiranya tidak berjalan maka seluruh umat islam berdosa..amar makruf bermaksud menyuruh melakukan kebaikan dan nahi mungkar ialah mencegah kemungkaran..selagi mana makruf tidak ditegakkan dan mungkar semakin berleluasa maka kesannya kepada umat islam seluruhnya.Lihat sahaja kemungkaran hendak lah ia mencegah kemungkaran tersebut..sebagaimana hadis nabi "sesiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah ia mencegahnya dengan tangan,sekira tidak mampu dengan lisan,sekiranya tidak mampu maka dnegan hati dan mencegah dengan hati adalah selemah-lemah iman"..

              Lihat hadis diatas "sesiapa yang melihat kemungkaran"..sesiapa sahaja yang melihat kemungkaran yang berlaku dihadapan matanya..ia tidak kata wahai pak-pak  imam,pak bilal,golongan agama,golongan tahfiz,golongan yang ngaji pondok dan golongan yang selalu pergi masjid..tetapi umum..sesiapa sahaja yang melihat..melihat merupakan anugerah atau nikmat dari Allah s.w.t yang perlu di gunakan sebaik mungkin untuk agama Allah..analoginya kamu diberi gaji untuk berkhidmat kepada sesebuah syarikat..tetapi jika kamu gagal menjalankan misi dan visi syarikat gaji kamu akan ditolak atau dibuang kerja..Allah tidak zalim..Allah memberikan nikmat kepada seluruh makhluk ciptaanNya..kenapa??Allah bersifat MAHA ADIL,MAHA PENYAYANG dan MAHA PENGAMPUN.semua manusia tidak kira agama apa semua memiliki nikmat kecuali nikmat Iman dan Islam yang hanya dimiliki oleh orang muslim dan mukmin sahaja.Kenapa kita mesti sombong dengan Allah..apa yang dikata kan sombong dengan Allah??tidak mahu melakukan makruf dan mencegah kemungkaran..berbuat baiklah dan "bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.".

             mencegah dengan tangan bukan bermaksud memukul..ulama mentaysbihkan tangan dengan kuasa.Kuasa contohnya pemerintah,ketua kampung,Yang berhormat,boss segala ketua,dan apa-apa sahaja kuasa yang dimiliki.Contoh papan tanda judi sport toto,minum arak,disko,seks bebas..rakyat biasa tidak mampu berbuat apa-apa melainkan ada orang atau pihak atasan yang berkuasa mampu menghalang aktivis judi,minum arak,disko dan segala gejala sosial yang semakin parah..Di akhirat nanti setiap dari manusia akan ditanya kenapa kita tidak membendung kemungkaran,kemaksiatan dan dosa di dunia dahulu..bersediakah kita menghadapi mahkamah Allah yang jauh lebih adil dan tiada sebarang dolak dalih.

              mencegah menggunakan lisan ialah memberi nasihat,teguran dan gambaran.tetapi cara teguran ada caranya..Islam ini menyeluruh dan mementingkan maruah muslimin yang lain.Janganlah menegur sehingga jatuh maruah seseorang,malu dan sebagainya..cari jalan yang kreatif dalam menyeru berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran seperti bercerita,berbual dan mendengar luahan hati..

            mencegah dengan hati mesti ada dalam setiap diri individu iaitu membenci kepada sesuatu maksiat dihadapan mata.Contohnya melihat sport toto mesti rasa benci dan minta kepada Allah agar menjaga diri dari ketempat tersebut..Timbul rasa nak dating berdua-duaan mesti rasa gerun akan azab Allah..Jika mahu membuat keburukan mesti lah didalam hati ade rasa kebencian untuk melakukan maksiat tersebut dan hindarkan diri dari tempat maksiat..

           Amar makruf nahi mungkar bukanlah terletak pada tangan orang yang beragama tapi pada diri semua individu..kenapa Allah ciptakan kejahatan??untuk menguji akal kita,iman kita..jika akal kita waras kita mestilah kembali kepada fitrah iaitu suka akan kebaikan jika iman kita kuat kita mesti melakukan ibadah umum dan khusus kepada Allah dengan sebenar-benar ikhlas..tanya lah kepada semua manusia adakah mereka mahu ke syurga??mesti jawapannya yes..tiada sesiap yang mahu ke neraka melainkan hatinya telah kotor,hitam dan tercemar dengan dosa dan mereka tidak takut memainkan hukum Allah..dakwah yang utama bermula dari diri sendiri..jaga lah aurat,solat dan ibadat nescaya beroleh rahmat.."peliharalah diri kamu dan keluargamu dari api neraka yang mana bahan bakarnya terdiri dari batu berhala dan manusia"..selamat beramal~

No comments:

Post a Comment