Monday, September 6, 2010

cuti ke Teluk Dalam Resort

ini adalah pengalaman ana bercuti di teluk dalam resort.
ana pergi masa cuti 4 hari di Kolej ana.ana pergi nak release tension sje.tapi terlebih release la pulak.ana rase tempat nih mmg sesuai sape-sape yang tensyen murakab..haha

tempat nih mmg cantik..xdinafikan..nak menafikan pun xboleh sebab dah mmg cantik tahap gaban..ana rase bertuah dpt hidup dan melihat keindahan ciptaan tuhan.ana harap ana dpt ag peluang untuk terus melihat panorama yang lain pulak..

ini tempat resort yang ana duduk..tempat senario berlakon dlam episode 2..xcaya ce antum usha cite tuh..ana nak cite tahap pengurusan kt resort nih masih lg lemah dan perlu diperbaiki..potensi nak maju ade cme xdi komercialkan..pelik tau tempat cantik dah mewah cme tahap pengurusan lemah..keselamatan perlu ditinggkatkan ag..ade kes psp hilang mse ana pergi..tapi xpe psp je xleh bwk gi kubur pun..haha

ni la pantainya
cantik dan tenang
petang2 ana slalu lepak cni candid dan usha keadaan sekeliling
mmg tenang hati bile terdengar ombak menghempas pantai
sambil merasa bayu yg sepoi2 bahasa
nasib baik xde tsunami..keh3
byk gak yg ada kt pantai nih..ketam,obor dan ikan pun ade



kitorg men game susun puzle.
mencabar gler
ana pening kpala dibuatnya
ade yg xlengkap la
pastu sorg2 kne skuba dlam kolam
cari klu..haha
kisah ini bermula sejak aku di tingkatan 2
asalnya cuma tersalah nombor
aku malu apabila terdengar suara perempuan
die mengatakan dia org ipoh
sedangkan yg aku ingin telepon adalah org tluk intan

sejak dr itu aku berkenalan dgnnya
die senior aku
umur kami beza 2 tahun
aku memanggilnya kakak dan die memanggil aku adik
aku terus bersahabat dgnnya kami saling berutus surat
kami bertukar gambar
bertukar biodata

kami terus bersahabat
tanpa melihat wajah
aku anggapnya akak dan dia menganggapku adik
kini hubungan kami masih terus terjalin
tanpa pernah berjumpa walopun pernah berjanji

aku harap hubungan kami kekal
sebagai adik dan kakak walopun tidak sedarah sedaging
akan aku tetap jaga batas pergaulan
agar tidak dimurkai Tuhan
supaya senang dihari perhitungan yg mendebarkan
cbe teka sape dia??

Besedia atau tidak tempuh saja STPM itu..^_^

telah tiba saat periksa
semua calon tak tidur lena
studi xkira masa
sampai ada yg naik gila
aq cuma rasa bahagia
saat yg aku nantikan telah tiba
ingatan aku cuma ingin habiskan segera

bicara aku bukan buktikan kepintaran
cuma aku xnk hidup xde hala tujuan
dari 2004 hingga 2009 aku selalu menempah kegagalan
xdpt menyaingi abang dan kakak yg ibu kandungkan
xdpt menyaingi abang dan kakak yg ayah besarkan
aku harap kejayaan akan jadi bahan
untuk aku buktikan
pada keluarga,rakan,guru dan bakal besan

Ya Allah Ya Rabbi
Maqbulkan permintaan kami anak melayu
menjadi aset penting kepada negara kami
agar kami tidak terus ketinggal di tanah melayu


kesudahan yg baik datang drpd Mu
yang buruk juga datang drpd Mu
Aku cuma bermohon dan Engkaulah yg menjdkn penentu
semoga peperiksaan kami dapat restu drpd Mu

sahabat yang ana takkan lupakan

Mereka merupakan sahabat ana yang paling baik yang pernah ana jumpa.Mereka telah banyak membantu ana dimasa susah dan senang.Ana tak tahulah knp ana rindu sgt kt diorg.
setiap kali ana bukak album gambo ana gambo pertama yang ana usha gambo kawan2 ana
ana rasa mereka adalah manusia yang dijadikan Allah yg penuh dgn sifat bersahabat.

ini lah kebaikan mereka yang ana nak ceritakan.Ringkasan kenangan ana bersama sahabat.Nanti ana buat specifik ye..ana letak gambo byk2 dr form 1 sampai kite form 5 dan kawan2 ana yg form 5 dan form 6 di 2 buah skolah yg ana bru duduki yg xsampai setaun jagung ag.

masa form 1 kami slalu bergaduh sampai berpecah2 jd puak2
bile form2 kami jd rapat bila kem ukhwah pimpinan abe yg kononnya gagal rupenya
telah meresap secara senyap dalam diri kami dan ukhwah kami mantap setelah kem tersebut
bila F3 kami semakin rapat dan bekerjasam untuk berjuang menghadapi PMR
F4 dtg menjelma kami kehilangan ramai sahabat yang gagal dimedan pertempuran PMR
F5 setelah ramai yg membawa diri ke tempat yg terbaik cume tinggal beberapa org shj yg mneruskn
perjuangan batch 6 di situ.ana hanyut akibat kes yang xmengizinkan
mereka lah yg byk berjasa semasa ana dalam kes yg ana maksudkan mereka merupakn sahabat ana
ana akan pastikan mereka terjaga mcmane mereka jaga ana dulu



Thanks Batch 6th
tokoh pejuang islam
Nama:Hassan al-Banna
Tarikh lahir: Oktober 1906
Tempat lahir:perkampungan al-Mahmudiya,di daerah al-Bahriyyah,Iskandariah,Mesir
Nama Bapa:Syeikh Ahmad Ibn 'Abd Rahman Al-Banna.Merupakan ulama,Imam,guru dan penulis beberapa buah kitab hadis dan fiqah perundangan islam.Merupakan seorang yang terpelajar di Universiti Al-Azhar,Mesir.

                Bapanya berkerja sebagai tukang pembaik jam di tempat tinggalnya bagi menyara keluarga.Bapanya dihormati dalam kalangan penduduk kampung kerana bapanya merupakan seorang yang bersopan santun,merendah diri,pemurah dan berperibadi tinggi.Bapanya mengajar ilmu agama kepada golongan yang berminat.Hidup keluarga Hassan al-Banna adalah sederhana.Hassan al-Banna merupakan anak sulung dari 5 orang adik beradik.Beliau selalu mengikuti bapanya menghadiri majlis perbincangan agama dan sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran beliau dan terikut-ikut mewarisi pemikiran dan perwatakan bapanya.


PENDIDIKAN Hassan Al-Banna
                   Sejak dari bangku sekolah rendah lagi sifat kepimpinan sudah di tonjolkan oleh beliau.Beliau menjadi Pemimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi.beliau juga banyak menghadiri majlis zikir yang dianjurkan al-Ikhwan al-Hasafiah.Bapanya sering mengajar dan membentuk anak-anaknya dengan ajaran islam.Tidak hairanlah jika beliau boleh menghafaz al-Quran pada usia yang muda dan memasuki Pusat Latihan Perguruan.Beliau merupakan seorg yang pintar kerana sering mendapat tempat yang pertama dalam peperiksaan.Kepintaran Beliau menyebabkan beliau dapat melanjutkan pelajaran di Darul Ulum,Kaherah pada usia 17tahun.

                     Kamal Atartuk menyebarkan fahaman sekular bagi menentang aliran Islam menyebabkan keadaan politik bergelojak di Kaherah.Tujuannya bagi melemahkan pengaruh Islam di Kaherah.Ini menarik minat Hassan al-Banna untuk terlibat dengan pertubahan Jamaiatul Makram al-Akhlaqi yang menggiatkan usaha dakwah dengan ceramah-ceramah bagi menhapuskan fahaman sekular dalam kalangan umat islam.

Kerjaya Hassan Al-Banna

                     Beliau merupakan guru bahasa Arab di sebuah sekolah di bandar ismailiyah pada usia 23tahun dan berkhidmat selama 19 tahun dan kemudian meletakan jawatan bagi menggiatkan usaha dakwahnya melalui gerakan Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkannya bersama-sama sahabatnya yang lain.

APA itu IKHWANUL MUSLIMIN????

Ikhwanul Muslimin merupakan organisasi yang ditubuhkan oleh Hassan al-Banna bersama-sama sahabatnya.Ikhwanul Muslimin disebarkan melalui 3 peringkat iaitu:
  1. Ceramah dan aktiviti Kebajikan:Tujuannya bagi membuka mata masyarakat dan memperkenalkan pertubahan Ikhwanul Muslimin di mata masyarakat.
  2. Penumpuan pada ahli:Tujuannya adalah untuk membentuk ahli-ahli yang berperibadi mulia dan bersemangat bagi menghadapi cabaran jihad.
  3. Melaksanakan cita-cita perjuangan.
sejarah ringkas pertubuhan Ikhwanul Muslimin:
  • selepas perang dunia kedua,ikhwanul Muslimin (IM) bertanding dalam pilihan raya di Mesir
  • Sebanyak 50 buah cawangan ditubuhkan di seluruh Mesir.
  • Menarik para pelajar di sekolah,qariah masjid dan pekerja kilang.
  • Sekitar perang dunia ke-2,penyokong pertubuhan ini meningkat seramai setengah juta dan 3000 cawangan di Mesir dan 5 buah cawangan di Sudan.
  • Kerja kebajikan yang dilakukan beliau mendapat sanjungan daripada kerajaan British dan memuji segala kebaikan yang dilakukan oleh Hassan Al-Banna.
  • Pengaruh yang kuat IM menyebabkan kerajaan Mesir runsing kerana pada masa itu Kerajaan Mesir dikuasai Noqrashi Pasha dari parti al-Saidi pada 1948.
  • Noqrashi Pasha membuat tuduhan dengan mengatakan IM membuat pakatan rancangan menjatuhkan Kerajaan Mesir.
  • Ekoran itu semua cawangan IM di tutup dan semua penyokong dan anggota diseksa,dibunuh dan di penjarakan.
  • Berlaku pembunuhan PM Mesir dan IM dipersalahkan dan harta benda IM dirampas dan pengikut-pengikut IM dipenjarakan.
  • 12Feb 1949,jam 5 p.m Kerajaan Mesir menjemput Hassan al-Banna untuk membincangkan krisis yang dihadapi di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al-Muslimin.Hassan datang bersama-sama iparnya Abdul Karim Mansur.
  • Menteri Zaki Ali Basya tidak muncul untuk berbincang dengan Hassan al-Banna.
  • Hassan al-Banna mahu pulang dengan teksi bersama iparnya setelah lama menunggu Menteri Zaki Ali Basya.
  • Hassan al-Banna dan Abdul Karim Mansur ditembak oleh 2 orang yang tidak dikenali.
  • Jemputan kerajaan Mesir adalah perangkap dan rancangan kotor untuk membunuh Hassan al-Banna.
  • Beliau menghembuskan nafas terakhir setelah banyak pendarahan berlaku.
  • Beliau telah meninggalkan  amanatnya kepada orang islam yang berguna hingga ke hari ini iaitu al-Mathurat.
Perjuangan beliau amat bermakna kepada umat Nabi Muhammad pada masa kini.Terima Kasih As-syahid Imam Hassan Al-Banna.Marilah kita sedekahkan al-Fatihah kepada beliau agar rohnya dicucuri rahmat.


As-Syahid Imam Hassan al-Banna
Mathurat (himpunan zikir Nabi)sebagai senjata umat Islam

hidup..hidup..hidup..hidup..hidup

hidup merupakan satu nikmat kpd hidupan
hidup adalah nikmat jika dapat menghirup udara jika
hidup disertai dengan 2 nikmat terbesar
nikmat:iman dan islam
2 nikmat ini tidak dapat pada manusia yang tidak tahu mengamalkannya
walaupun Rahmat Allah meliputi kepada orang yang berIMAN dan keKUFURan
tapi 2 nikmat ini cuma diberi kepada muslim sahaja
apa itu muslim??muslim adalah orang islam muslimin (lelaki) dan muslimat (perempuan)
macamana nak jadi seorang muslim??mudah sahaja.
cara untuk menjadi muslim:1)mengucap 2kalimah syahadah iaitu "aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah dan aku naik saksi Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah".
2)solat 5 waktu:solat Subuh (2 rakaat),Zohor(4 rakaat),Asar(4 rakaat),Maghrib(3 rakaat),Isyak(4 rakaat).
3)berpuasa di bulan ramadhan:menahan anggota(mata,mulut,hidung,telinga,tangan,kaki,kemaluan) dari melakukan apa2 yang membatalkan puasa.
4)tunaikan zakat:mengeluarkan harta untuk diagihkan kepada fakir miskin dan golongan yang layak menerima zakat.
5)menunaikan haji jika berkemampuan.

                             senang sahaja jadi muslim.Islam tidak memaksa untuk diikut terpulang pada individu untuk memasukinya.Dalam firman Allah s.w.t ada mengatakan yang bermaksud:"Tiada paksaan dalam Agama.Telah nyata petunjuk dari kesesatan.Maka barang siapa mengingkari Taghut dan beriman dengan Allah s.w.t maka sesungguhnya ia memegang tali yang kukuh dan tidak akan putus.Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"(surah al-Baqarah ayat 256)



Islam adalah agama yang SYUMUL

sahabat

sahabat
gabungan 7 huruf cukup besar ertinya pada dunia
membawa 1001 mcm perasaan
ada kala benci,marah,sedih,ketawa pastu benci balik
sahabat amat penting dalam kehidupan
tanpa sahabat kita kesepian
tiada sape yg dpt hidup tanpa sahabat
sahabat ibarat peniup roh semangat
tanpa sahabat hidup dlm kegelapan tanpa cahaya
Rasulullah sendiri mempunyai sahabat
sebagai teman, sebagai pembakar semangat
sahabat amat penting bg baginda untuk menempuhi hari2 yg mencabar

tp kini
sahabat di pandang enteng
nafsu dan setan sudah meniup bara "pentingkan diri" dlm diri
demi wang,harta duniawi dinilai dulu
sahabat tiada erti lagi bg insani
sedarlah,jika kawin itu sunnah
sama lah ber'sahabat' itu juga sunnah
sunnah adalah gaya,perilaku,perbuatan,yang disandarkan pada Rasulullah
zaman skang manusia sudah xmengerti
adat dengan ibadat
adat dikatakan ibadat dan ibadat dikatakan adat
sunnah dan bida'ah
bida'ah dikatakan sunnah dan sunnah dikatakan bida'ah

sayangilah sahabat
sahabat adalah peneman kita sepanjang hayat
suatu hari nnt kita akan rindukan sahabat
suaranya,gayanya,rupanya dan namanya
usia kita bukan makin muda
suatu hari nnt tiba juga masanya
jgn lah pentingkan diri
tp pentingkanlah org lain dr diri sendiri



intro dulu..

aq Qifa..
aq dilahirkan di Malaysia
aq adalah gender (01) atau saintifiknya Laki2..
aq ank ke-3 dr 3org kerabat ku..
aq pernah menuntut di 5 buah skolah dlm hidup ku..
aq bukan budak malas atau budak rajin
aq bukan sorg yg gangster (saiz kecil)
aq bukan seorg yg "pro" dlm ape2..
aq minat makan kuetiau..
aq minat main bola (ape2 yg berkaitan ngan bola)
aq ske buat keje yg simple dan seronok..(keje susah pun xpe asalkan sonok)
cite2 aq nk jd org yg bleh mempengaruhi pemikiran org lain mcm as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin..
aq xske wat keje yg xberfaedah..
aq ade handset 5 jenis (tp gne 2 sje)
aq bukan tamak atau berlagak
aq benci keganasan
aq rse kalo aq diberi mandat jd PM aq akan jd PM yg kuku besi coz rakyat xreti mghargai PM yg baik ati
rakyat xtau yg Dr M sbnrnya mmbantu org melayu jd maju
aq sedih ngn anak muda zaman skang
nak tau byk info bce blog aq..kah3